Music

Khamis, 10 Oktober 2013

Hadis2


Nabi (S) bersabda:
“Diampunkan bagi muazin (juruazan)sejauh suara azanya (yakni sekiranya dosanya memenuhi ruang sejauh suaranya kedengaran maka dosa-dosa itu pun akan diampunkan), dan semua yang bernyawa dan yang tidak bernyawa mendengar suara azan itu akan  memberi kesaksian untuknya pada hari kiamat. Orang yang menghadiri solah berjemaah (kerana mendengar suara azan itu) akan diberikan untuknya (ganjaran)25 kali solah dan dikafarahkan (dosa-dosanya yang dilakukan) antara kedua-dua waktu solah.


Keterangan: Pada pendapat sesetengah ulama, ganjaran 25x ganda solah ialah untuk muazin dan dosa-dosanya antara satu azan dengan azan yang lain akan diampunkan.(Abu Daud)

Nabi bersabda:
“Sebaik sahaja seseorang kamu keluar untuk pergi ke masjidku maka untuk satu langkahnya ditulis satu hasana(kebaikan) dan satu langkah lagi digugurkan kejahatannya sehingga dia pulang” (Ibnu Hibban)

Rasulullah (S) bersabda:
‘Solah seseorang bersama jemaah mengatasi solahnya yang bersandirian sebanyak dua puluh lebih darjat”.(Riwayat Ahmad)

Rasulullah (s) bersabda:
“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu waktu apabila seseorang Islam berdoa kapada Allah s.w.t betetapan dengan waktu itu maka doanya pasti akan diterima oleh Allah s.w.t (waktu itu ialah selepas solat asar”) Riwayat Ahmad

Perhatian Buat Umat Islam

Perhatian Buat Umat Islam yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jammah!!!


Sekumpulan NGO Islam hari ini menyatakan kekhuatiran mereka terhadap penyertaan Malaysia dalam   persidangan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada 24/10/2013 Seramai 60 pertubuhan akan menyertai mesyuarat ini.

Ini semua atas aduan syiah Di Malaysia,katanya tidak ada kebebasan agama.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, kebimbangan itu berdasarkan lobi aktivis lesbian, gay, dwiseks dan transeksual (LGBT) supaya Malaysia tunduk kepada undang-undang dan standard antarabangsa dalam isu itu.

Jika keputusan itu diterima di Malaysia,berleluasa lah maksiat disini, dan azab Allah pasti dan pasti akan diturunkan.Sekirannya tidak mereka terima.Pelabur-pelabur di Malaysia akan disekat.

"Pembela mendesak pihak kerajaan Malaysia agar meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Revolusi PPB tersebut," kata Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahya, merujuk kepada resolusi 17 Jun 2011

Pesanan:Di hari Jumaat ini kita banyak2 berdoa supaya Allah kuncikan mulut2 mereka.Dan di beri taufik dan hidayah.AAAAAAAAAamin