Nabi (S) bersabda:
“Diampunkan bagi
muazin (juruazan)sejauh suara azanya (yakni sekiranya dosanya memenuhi ruang
sejauh suaranya kedengaran maka dosa-dosa itu pun akan diampunkan), dan semua
yang bernyawa dan yang tidak bernyawa mendengar suara azan itu akan memberi kesaksian untuknya pada hari kiamat.
Orang yang menghadiri solah berjemaah (kerana mendengar suara azan itu) akan
diberikan untuknya (ganjaran)25 kali solah dan dikafarahkan (dosa-dosanya yang
dilakukan) antara kedua-dua waktu solah.
Keterangan: Pada
pendapat sesetengah ulama, ganjaran 25x ganda solah ialah untuk muazin dan
dosa-dosanya antara satu azan dengan azan yang lain akan diampunkan.(Abu Daud)
Nabi bersabda:
“Sebaik sahaja
seseorang kamu keluar untuk pergi ke masjidku maka untuk satu langkahnya
ditulis satu hasana(kebaikan) dan satu langkah lagi digugurkan kejahatannya
sehingga dia pulang” (Ibnu Hibban)
Rasulullah (S)
bersabda:
‘Solah seseorang
bersama jemaah mengatasi solahnya yang bersandirian sebanyak dua puluh lebih
darjat”.(Riwayat Ahmad)
Rasulullah (s)
bersabda:
“Sesungguhnya pada
hari Jumaat terdapat satu waktu apabila seseorang Islam berdoa kapada Allah
s.w.t betetapan dengan waktu itu maka doanya pasti akan diterima oleh Allah
s.w.t (waktu itu ialah selepas solat asar”) Riwayat Ahmad