Music

Khamis, 10 Oktober 2013

Hadis2


Nabi (S) bersabda:
“Diampunkan bagi muazin (juruazan)sejauh suara azanya (yakni sekiranya dosanya memenuhi ruang sejauh suaranya kedengaran maka dosa-dosa itu pun akan diampunkan), dan semua yang bernyawa dan yang tidak bernyawa mendengar suara azan itu akan  memberi kesaksian untuknya pada hari kiamat. Orang yang menghadiri solah berjemaah (kerana mendengar suara azan itu) akan diberikan untuknya (ganjaran)25 kali solah dan dikafarahkan (dosa-dosanya yang dilakukan) antara kedua-dua waktu solah.


Keterangan: Pada pendapat sesetengah ulama, ganjaran 25x ganda solah ialah untuk muazin dan dosa-dosanya antara satu azan dengan azan yang lain akan diampunkan.(Abu Daud)

Nabi bersabda:
“Sebaik sahaja seseorang kamu keluar untuk pergi ke masjidku maka untuk satu langkahnya ditulis satu hasana(kebaikan) dan satu langkah lagi digugurkan kejahatannya sehingga dia pulang” (Ibnu Hibban)

Rasulullah (S) bersabda:
‘Solah seseorang bersama jemaah mengatasi solahnya yang bersandirian sebanyak dua puluh lebih darjat”.(Riwayat Ahmad)

Rasulullah (s) bersabda:
“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu waktu apabila seseorang Islam berdoa kapada Allah s.w.t betetapan dengan waktu itu maka doanya pasti akan diterima oleh Allah s.w.t (waktu itu ialah selepas solat asar”) Riwayat Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan